Jumaat, 9 Julai 2010

SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PAS KAWASAN LEDANG

Setelah sekian lama perancangan untuk mengadakan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Ledang, dengan izin Allah dapat jua untuk diadakan bermula pada hari Jumaat malam Sabtu, 9 Julai 2010 sehingga Ahad, 11 Julai 2010 di Markaz PAS Kawasan Ledang bertempat di Parit Karang, Ledang.

Banyak program-program yang telah disusun untuk manfaat semua masyarakat setempat. Antaranya pengisian berbentuk ceramah, permainan, pertandingan dan banyak lagi.

Selain itu juga, telah dikhususkan hari Sabtu adalah hari di mana diberikan ruang sepenuhnya kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Ledang untuk mengadakan sebarang bentuk program untuk mendekatkan para muda mudi dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Antara acara yang disediakan untuk tatapan para pemuda adalah Pertandingan dan Pameran Motor Tercantik, Pertandingan Permainan Dart dan juga Pertandingan Permainan Dam Haji/Umrah. Gerai-gerai jualan turut memeriahkan Sambutan Jubli Perak PAS Ledang ini.

Harapan kami, moga dengan kehadiran kalian semua dapat menceriakan lagi sambutan tersebut sekaligus untuk lebih memberkati sambutan yang julung-julung kali diadakan ini.

Membangun Bersama Islam, Islam Untuk Semua.

Selasa, 22 Jun 2010

IHTIFAL SUKAN (PASTI) PERINGKAT NEGERI JOHOR MERIAH!

Ihtifal Sukan Pasti Peringkat Negeri Johor yang diadakan pada 1 Mei 2010 yang lepas berlangsung dengan penuh meriah di di SJK (C) Chi Meng (1), Tangkak menyaksikan Daerah Ledang diamanahkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Sukan yang menghimpunkan semua anak-anak didik di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh kawasan di negeri Johor mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Rata-rata para ibu bapa, pengunjung yang berada di ihtifal tersebut berpuas hati dengan penganjuran sukan tersebut yang berjaya mengeratkan hubungan sesama muslim.

Ihtifal kali ini lebih kepada Pesta Sukan Bola Sepak bagi kanak-kanak lelaki manakala Bola Jaring untuk kanak-kanak perempuan. Keseronokan jelas terpancar di wajah para ibu bapa penjaga dan pengunjung yang tidak putus-putus turut sama memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan acara sukaneka untuk ibu bapa disamping menyaksikan anak-anak mereka bersukan. Antara acara yang disediakan untuk golongan ibu boling kelapa manakala untuk golongan bapa pula iaitu sepak raga yang menggunakan bola sepak.

Sepanjang Ihtifal Sukan tersebut berlangsung turut diserikan dengan cabutan bertuah kepada ibu bapa dan pengunjung yang menyediakan hampir 40 hadiah kepada yang bertuah.

Di akhir Ihtifal ini menyaksikan PASTI kawasan Parit Sulong menjuarai Bola Sepak manakala PASTI kawasan Sri Gading menjuarai Bola Jaring.

Majlis penutup yang berlangsung sekitar jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh ADUN Sungai Abong, Dr. Sheikh Ibrahim.

Pihak AJK terutamanya PASTI kawasan Ledang yang menjadi tuan rumah pada tahun ini megucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang turut sama menjayakan Ihtifal Sukan berjalan lancar dengan izin Allah. Andai ada umur yang panjang PASTI kawasan Ledang berbesar hati untuk menjadi tuan rumah.

Beramal Kerana Allah.

Selasa, 27 April 2010

IHTIFAL SUKAN (PASTI) PERINGKAT NEGERI JOHOR

Assalamualaikum wbt.

Makluman kepada semua sidang pembaca yang dirahmati ALLAH. Dengan izin ALLAH, pada hari Sabtu ini, 1 Mei 2010, akan diadakan Ihtifal Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di SJK (C) Chi Meng (1), Tangkak menyaksikan Daerah Ledang diamanahkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Dijemput kepada semua ibu bapa dan mereka yang tinggal di sekitar Tangkak untuk sama-sama memeriahkan ihtifal tersebut yang akan berlangsung bermula jam 8.00 pagi - 3.00 petang.

Berita gembira juga kepada sesiapa yang berhasrat untuk berniaga pihak AJK Ihtifal Sukan PASTI ada menyediakan tapak jualan. Sebarang maklumat dan bayaran sewa boleh berhubung terus dengan Ustaz Hatimi di talian +6012-3170594 sebelum 1 Mei 2010.

Sekian untuk makluman.

Ahad, 6 Disember 2009

takziah buat Sahabat Ustaz Nahar

Takziah kepada sahabat kita Ustaz Nahar atas pemergian anak tersayang pada hari jumaat petang 4.12.2009 .Beberapa orang sahabat sempat menziarahi dan jenazah disempurnakan sebelum maghrib..Al-Fatihah

Rabu, 14 Oktober 2009

SUKAN PASTI KAWASAN LEDANG MERIAH

PADA HARI AHAD YANG LEPAS 11 OKTOBER 2009 BERSAMAAN 22 SYAWAL 1430 TELAH BERLANGSUNG SUKAN PASTI KAWASAN LEDANG DI PEJABAT PAS KAWASAN LEDANG.

SUKAN INI TELAH MELIBATKAN KE SEMUA PASTI DI KAWASAN LEDANG IAITU PASTI AR-RAHIM PARIT KARANG,PASTI AL-MUAZZIM PARIT BILAL,PASTI AN-NUR SG MATI DAN PASTI AL-WAHEEDA BUKIT GAMBIR.

SUKAN PASTI BERLANGSUNG SEAWAL 8 PAGI DENGAN KEHADIRAN SEMUA PELAJAR DAN IBUBAPA DAN DIMULAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA 11.30 PAGI.SETERUSNYA DISAMBUNG DENGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PAS KAWASAN LEDANG YANG JUGA BERLANGSUNG DI SITU.

MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN LEDANG HJ MUSTAFA B SALLEH.

PASTI AR-RAHIM DAN PASTI AL-MUAZZIM MENJUARAI SUKANEKA PADA KALI INI..

SEMOGA DENGAN SUKANEKA PASTI DALAM MEMBANGUNKAN GENERASI YANG SIHAT DARI SEGI FIZIKAL DAN ROHANI UNTUK MELAHIRKAN PEJUANG-PEJUANG ISLAM.. TAKBIRRR

Selasa, 15 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI


PEMUDA PAS LEDANG

MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

SAMBUTLAH KEMENANGAN INI DENGAN CARA YANG TELAH DILANDASKAN OLEH ISLAM

RAMADHAN KARIM


Hampir Sebulan ibadah puasa di laksanakan..Bagaimana puasa yang kita laksanakan ... Banyak persoalan yang perlu di fikirkan apabila berlalunya ramadhan..Adakah puasa kita diterima? Adakah puasa memberi impak positif dalam khidupan kita ? Apakah yang kita lakukan dalam bulan yang penuh barakah ini dan persoalan yang terakhir adakah kita akan bertemu dengan ramdhan yang akan datang ? Renungkan lah.........Semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertakwa

Demi Masa

Ingat Allah


ShoutMix chat widget