Ahad, 6 Disember 2009

takziah buat Sahabat Ustaz Nahar

Takziah kepada sahabat kita Ustaz Nahar atas pemergian anak tersayang pada hari jumaat petang 4.12.2009 .Beberapa orang sahabat sempat menziarahi dan jenazah disempurnakan sebelum maghrib..Al-Fatihah

Rabu, 14 Oktober 2009

SUKAN PASTI KAWASAN LEDANG MERIAH

PADA HARI AHAD YANG LEPAS 11 OKTOBER 2009 BERSAMAAN 22 SYAWAL 1430 TELAH BERLANGSUNG SUKAN PASTI KAWASAN LEDANG DI PEJABAT PAS KAWASAN LEDANG.

SUKAN INI TELAH MELIBATKAN KE SEMUA PASTI DI KAWASAN LEDANG IAITU PASTI AR-RAHIM PARIT KARANG,PASTI AL-MUAZZIM PARIT BILAL,PASTI AN-NUR SG MATI DAN PASTI AL-WAHEEDA BUKIT GAMBIR.

SUKAN PASTI BERLANGSUNG SEAWAL 8 PAGI DENGAN KEHADIRAN SEMUA PELAJAR DAN IBUBAPA DAN DIMULAKAN PADA PUKUL 8.30 PAGI DAN BERAKHIR PADA 11.30 PAGI.SETERUSNYA DISAMBUNG DENGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PAS KAWASAN LEDANG YANG JUGA BERLANGSUNG DI SITU.

MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN LEDANG HJ MUSTAFA B SALLEH.

PASTI AR-RAHIM DAN PASTI AL-MUAZZIM MENJUARAI SUKANEKA PADA KALI INI..

SEMOGA DENGAN SUKANEKA PASTI DALAM MEMBANGUNKAN GENERASI YANG SIHAT DARI SEGI FIZIKAL DAN ROHANI UNTUK MELAHIRKAN PEJUANG-PEJUANG ISLAM.. TAKBIRRR

Selasa, 15 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI


PEMUDA PAS LEDANG

MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

SAMBUTLAH KEMENANGAN INI DENGAN CARA YANG TELAH DILANDASKAN OLEH ISLAM

RAMADHAN KARIM


Hampir Sebulan ibadah puasa di laksanakan..Bagaimana puasa yang kita laksanakan ... Banyak persoalan yang perlu di fikirkan apabila berlalunya ramadhan..Adakah puasa kita diterima? Adakah puasa memberi impak positif dalam khidupan kita ? Apakah yang kita lakukan dalam bulan yang penuh barakah ini dan persoalan yang terakhir adakah kita akan bertemu dengan ramdhan yang akan datang ? Renungkan lah.........Semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertakwa

Khamis, 30 Julai 2009

HIMPUNAN MANSUKAN ISA ZALIM



Makluman Pergerakan Himpunan Aman Mansuhkan ISA PADA 01 OGOS 2009


Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:

a. Sogo: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur: Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara: Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.

5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:
a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!


Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Isnin, 22 Jun 2009

PENDIRIAN PAKATAN RAKYAT ISU KERAJAAN PERPADUAN


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:


1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.


3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Khamis, 21 Mei 2009

SIAPA MENTERI BESAR DITENTUKAN BESOK

Mahkamah Rayuan dijangka akan membuat keputusan esok berhubung dengan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 3,30 ptng.

Sidang ditangguhkan jam 3.30 petang tadi selepas mendengar penghujahan dari peguam Zambry Cecil Abraham, pencelahan dari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.Cecil dalam penghujahannya menyifatkan hakim Mahkamah Tinggi silap apabila tidak melihat secara mendalam penghujahan pihak Zambry dan kuasa Sultan Perak.


Sulaiman pula bertegas, Sultan tidak ada kuasa memecat Menteri Besar dan hanya ada kuasa untuk melantiknya sahaja.
Mari bersama-sam kita doakan kemenangan YB Datuk Nizar demi keadilan semua.

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

PEMUDA PAS LEDANG
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU.DIDIKLAH ANAK BANGSA DENGAN SEIKHLASNYA SUPAYA ISLAM KEMBALI MEMYINAR DI MUKA BUMI INI.
TERIMA KASIH GURU

RAKYAT MAHU DUN PERAK DIBUBARKAN

Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!


Dua hari lepas, DS Najib PM Satu Malaysia telah menobatkan dirinya sebagai PM Rakyat. Antara lain beliau mendefinisikan PM Rakyat sebagai PM yang dapat merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara rakyat. Dengan kata-kata lain, Najib berjanji untuk melaksanakan apa kehendak rakyat.

Antara topik popular yang dibincangkan rakyat kini tidak kira di kedai kopi, di warung teh tarik, di kopitiam, di ruang menunggu pesakit hospital, di rumah kenduri, di surau dan masjid malah ketika menziarahi mayat ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Rata-rata berkata: bubarkan DUN, kembalikan hak kepada rakyat memilih kerajaan yang sah.

Tapi tentu Najib PM Satu Malaysia dan barisan kabinetnya kata itu cakap tepi jalan, mana boleh pakai. O.k, kalau begitu, kita lihat pula cakap tidak tepi jalan, cakap dalam rumah, cakap yang sedikit boleh dipertanggung jawabkan. Kita lihat pula undian di dalam media kita mengenai isu yang sama. Tapi jangan ambil undian dari media alternatif, dari blog pro-PR. Kalau ambil dari situ, pasti keputusannya sudah boleh dibaca, sudah boleh diramal.

Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN. Dan lihatlah keputusannya di sini:Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009


Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak


Ya: 99%

Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)


Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?

Ya 87.7%

Tidak 10.6%

Berkecuali 1.7%


Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?



Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Bubarkan dun Perak dan biarkan rakyat memilih siapa yang layak untuk memerintah..

Rabu, 13 Mei 2009


CERAMAH PELANCARAN 1 JUTA POSKAD MEMBANTAH PPSMI
TARIKH : 15 MEI 2009 ( JUMAAT )
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : MARKAZ PARIT MEDAN KUNDANG HULU LEDANG JOHOR
SELAMATKAN BAHASA KITA
DATANG BERAMAI-RAMAI

Selasa, 5 Mei 2009

HIMPUNAN RAKYAT BAGI MENDESAK KABINET MENARIK BALIK KEPUTUSAN MENUKAR AGAMA ANAK


8 Mei 2009 (Jumaat)
Perkarangan Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Selepas Solat Jumaat
AnjuranDewan Pemuda Pas Negeri Johor
Seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir

Isnin, 4 Mei 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Johor ke -37





Pada 2 mei 2009 berlangsung muktamar Pemuda Pas Negeri Johor Di Palm Villa Kulai.Berlangsung selama 2 Hari dengan majlis di rasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Sallehuddin Ayub.

Perwakilan DPP ledang seramai 5 orang wakil yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Saudara Azmy.

Tema kali ini " Pemuda Penggerak Perjuangan " yang telah di ucaptemakan dalam ucapan Ketua Pemuda Johor yang menyentuh banyak aspek yang perlu diberi perhatian terutama beberapa perkara yang sangat penting yang berkaitan dengan tarbiyyah,pilihanraya,gerak kerja pemuda dalam merealisasikan visi dan misi dewan pemuda Johor.

KETUA PEMUDA LEDANG SEDANG MEMBERI UCAPAN


Antara aspek yang disentuh oleh perwakilan dari Ledang berkisar dengan persoalan gerak kerja ,minat golongan mua serta sukan.

Melihat senario muktamar kali ini perlu dipertingkat lagi mutu perbahasan untuk agar ia sejajar dengan impian untuk menjadi " Govenment in waiting" serta merupakan tulang belakang kepada gerakkan PAS.

Tahniah & Takziah kepada kepimpinan yang baru dilantik untuk menerajui kepimpinan kali ini dan semoga Islam terus mekar di bumi Malaysia yang tercinta ini.

TAKBIR

Demi Masa

Ingat Allah


ShoutMix chat widget