Selasa, 22 Jun 2010

IHTIFAL SUKAN (PASTI) PERINGKAT NEGERI JOHOR MERIAH!

Ihtifal Sukan Pasti Peringkat Negeri Johor yang diadakan pada 1 Mei 2010 yang lepas berlangsung dengan penuh meriah di di SJK (C) Chi Meng (1), Tangkak menyaksikan Daerah Ledang diamanahkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Sukan yang menghimpunkan semua anak-anak didik di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh kawasan di negeri Johor mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Rata-rata para ibu bapa, pengunjung yang berada di ihtifal tersebut berpuas hati dengan penganjuran sukan tersebut yang berjaya mengeratkan hubungan sesama muslim.

Ihtifal kali ini lebih kepada Pesta Sukan Bola Sepak bagi kanak-kanak lelaki manakala Bola Jaring untuk kanak-kanak perempuan. Keseronokan jelas terpancar di wajah para ibu bapa penjaga dan pengunjung yang tidak putus-putus turut sama memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan acara sukaneka untuk ibu bapa disamping menyaksikan anak-anak mereka bersukan. Antara acara yang disediakan untuk golongan ibu boling kelapa manakala untuk golongan bapa pula iaitu sepak raga yang menggunakan bola sepak.

Sepanjang Ihtifal Sukan tersebut berlangsung turut diserikan dengan cabutan bertuah kepada ibu bapa dan pengunjung yang menyediakan hampir 40 hadiah kepada yang bertuah.

Di akhir Ihtifal ini menyaksikan PASTI kawasan Parit Sulong menjuarai Bola Sepak manakala PASTI kawasan Sri Gading menjuarai Bola Jaring.

Majlis penutup yang berlangsung sekitar jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh ADUN Sungai Abong, Dr. Sheikh Ibrahim.

Pihak AJK terutamanya PASTI kawasan Ledang yang menjadi tuan rumah pada tahun ini megucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang turut sama menjayakan Ihtifal Sukan berjalan lancar dengan izin Allah. Andai ada umur yang panjang PASTI kawasan Ledang berbesar hati untuk menjadi tuan rumah.

Beramal Kerana Allah.

Demi Masa

Ingat Allah


ShoutMix chat widget